KEGEMBIRAAN YANG TERTANGGUH
dekat dunia ni kita tak akan boleh kawal dua benda iaitu masa dan orang lain. walaupun pada hakikatnya kita sangat suka dan terlalu mengharap terhadap seseorang atau sesuatu benda kita tetap tak akan mendapatkannya jika dia atau ia tidak ditakdirkan untuk kita. kadang-kadang hati tertanya-tanya mengapa dan kenapa kita tak dapat apa yang kita mahu. tetapi, orang lain begitu mudah mendapatkannya. itulah takdir Allah yang telah diaturkan sempurna tanpa cacat cela buat hambanya. mungkin sekarang kita tak mampu untuk lihat hikmah di sebalik setiap yang Allah kurniakan buat kita. hikmah Allah mungkin datang sekarang, esok, lusa, tahun depan ataupun di akhirat sana. percayalah, kegembiraan yang kita angankan pasti tiba, hanya Allah sahaja yang maha tahu bentuknya bagaimana dan bila ia akan hadir.